Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Tuesday 31 May 2011

-::ku serah semuanya pada ilahi,kerana itulah pilihan terbaik buat ku::-

Pasrah Segalanya

Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci




bismillahirrahmanirrahim......

alhamdulillah rase tenang bila mendengarkan lagu nie.....rase tenang kini datang seakan-akan hampir dengan pencipta ku......Allahu Akbar.....

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan



amin.............. (^^,)









salam mahabah buat kekasihku...ku impikan keredhoan mu ketika ini....Allahu akbar......


Monday 30 May 2011

-::nasihat untuk hati ku::-

Tinta Diari Dua

Alhamdulillah……
Sekali lagi dibukakan hati untuk mencoret beberapa perkataan bagi mengisi kekosongan dalam hidup ini…perjalanan hari demi hari membuka lembaran baru bagi seorang bergelar insan… cabaran demi cabaran datang tanpa dipinta mematangkan akal dan diri yang kerdil ini…terkadang lemah menerimanya…namun tetap jua perlu diharungi kerana itulah lumrah kehidupan didunia ini…..

Sahabat-sahabat…

 ingatlah kehidupan kita didunia ini merupakan mehnah dari  Allah SWT untuk diri kita …….jadi usahlah merungut dan lemah…Adakah kamu semua lupa??? ,…. bukan kah kita dikurniakan teman sebagai teman hidup dalam mencorakkan lakonan dunia mu didunia ini…Ayah-mak, umi-abah, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, pakcik-makcik, sepupu-sepapat, sahabat-sahabat dan teman-teman ,semua mereka boleh kamu jadikan peneman dalam menempuh rintangan yang terdampar dihadapan mu didunia ini…. ….

Tapi jangan kamu lupa dan leka dalam kesenangan itu,terkadang mereka jua membawa kearah jalan yang dibenci Allah….Maka,jadikanlah ketentuan yang ditempuhi sebagai batu loncatan dalam meletakkan Allah paling tinggi darjat dalam diri mu….tanamkan sedalam-dalamnya rasa cinta mu itu pada Allah sehingga jauh dilubuk hati mu…..semoga perjalan hari demi hari yang kau lalui diredhoinya….insyaallah….

Secebis kata-kata yang ku kutip dari teman yang membawa diri kerdil ini kembali mengingati tuhannya suatu ketika masa dulu:-

-::Untuk renungan bersama::-
Di dalam hati manusia ada kekusutan
& tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak ALLAH,

di dalam hati manusia ada keganasan & tidak akan hilang kecuali
berjinak dengan ALLAH,
di dalam hati manusia ada kesedihan
& tidak akan hilang kecuali berasa seronok mengenali Allah,

Di dalam hati manusia ada hajat
yang tidak akan dapat dibendung
kecuali memohon dengan penuh kecintaan kepadanya,

~IBNU-QAYYUM~


Sahabatku jadikanlah kesilapanmu sebagai anak tangga kepada kebaikan. Jadikan ia sebagai pedoman bagi orang lain. Hanya kepada Allah berhak kita malu dan bergantung. Jika dia mahukan kemuliaan kepada seseorang, tiada siapa dapat menjatuhkannya. Dan jika dia mahu menghinakan seseorang, tidak ada siapa boleh mennghalangnya….

sesungguhnya, Allah amat suka kepada suara yang merintih mohon keampunan. Sesungguhnya Allah amat mencinta hamba yang berjalan diatas bumi ini dalam keadaan merendah diri…..

semoga muhasabah kali ini dapat membuatkan hati terbuka menerima ketentuan yang terkadang tidak tetap dalam mencari arah tujuan yang sebenar….rebut dan kejarlah cinta Allah…dan jangan biarkan ia terbang diawangan tanpa perhatiaan…..jika ini berlaku, bermuhasabah dan bermujahadahlah dalam mengembalikan cinta tersebut dalam diri… kerna mungkin itu petanda buruk bagi diri……..

Sunday 22 May 2011

-::Hijab Cinta::-

-::Tinta Diari Pertama::-

“ku Hijabkan cinta buat sementara waktu demi mencari erti cinta yang hakk.......”wallahu a’lam….



Alhamdulillah…..syukur pada ilahi kerna masih diberikan waktu untuk merasai nikmat kehidupan di dunia ini..selawat dan salam pada jujungan nabi muhammad SAW yang ku sematkan rasa cinta menjadi umat kepada hamba agung...tidak lupa juga pada para sahabat, tabi' tabi'in dan orang2 soleh dalam memperjuangkan islam sekalian…

Kali ini bermulalah perjalanan insan kerdil cuba untuk meluahkan bayangan melalui tinta. Kematangan yang ku rasai hari demi hari membuatkan perjuangan yang perlu dikecapi memandu aku untuk menulis. Perjuangan menempuh hidup sebagai pejuang Allah ini yang akan ku adaptasi melalui pengembaraan yang ku coretkan dalam diari ini.

Diari ini sekadar pekongsian untuk diri memuhasabah kembali khilafan yang berlaku antara seorang hamba dengan tuhannya. Semoga menjadi pengubat ketika berduka dan mendapatkan ketenangan dalam menuju cinta-nya. Agar perjuangan yang ingin dikecapi tidak lari dari matlamat yang ingin dituju. Semoga  beroleh sedikit manfaat Atas usaha ini.

Hari ini, tanggal 22hb Mei 2011 bersamaan (20 jamidilakhir 1423H)…memperlihatkan aku kekuasaan Agung Allah SWT dengan memberikan sedikit ketenangan dan kelapangan kepada hati kecil yang baru berusia tidak sampai 20 tahun berada didalam tubuh seorang insan ini terdetik untuk memulakan penulisan sebagai salah satu senjata dalam membantu perjuangan dalam kehidupanya. Walau sedikit namun sudah cukup memadai bagi membuktikan cinta teragung lebih didambakan oleh pejuang-pejuang islam…

Hampir seminggu lepas digelumangi dosa dan pahala… berkisarkan kisah cinta makhluk yang menjadi lumrah kehidupan remaja seusianya yang tidak akan terlepas dari pujuk rayu syaitan yang menguasai hati ini. Hati yang kekadang lemah menjadi punca tertewasnya di dalam perjuangan. Perasaan cinta makhluk mengusai nafsu yang membuak-buak menampakan kinayah asrar(kerahsiaan yang tidak jelas) yang cuba disembunyikan. ….astaghfirullahal a’zim………..ku ungkapkan sebanyak mungkin memohon petunjuk atas apa yang ku lakukan .

Setelah itu…..

Ketentuan ilahi mendorong untuk kembali kepada jalan yang diredhoi… kutemui sebuah novel cinta islamic karya fatimah syarha …ku selidiki dan ku memerhati helaian demi helaian ku temui cinta teragung yang didambakan oleh setiap pejuang…. Cinta hakiki….Cinta abadi ku sematkan sepenuhnya pada yang Maha Agung …setelah tamatnya novel itu pada petang tadi….ku rasakan semangat baru untuk terus berjuang di bawah payungan Allah SWT yang amatlah luas ini… Alhamdulillah..cinta seorang wanita berjaya di hijabkan buat sementara waktu dalam meneruskan cita-cita perjuangan di bumi ini.




Saat itu…..Bermulalah episod ketenangan yang membuka ilhamku untuk ku cuba adaptasikan perjuangan mencari cinta ilahi menerusi tinta yang akan ku cuba kongsikan agar perjuangan diserikan dengan Dakwah dan Tarbiyah untuk membawa bersama-sama kebahagiaan untuk teman-teman dan sahabat-sahabat seperjuangan……

Teman….
Andai hati kau berasa lemah mengahadapi dugaan cinta makhluk ini….
Kembalikan lah hati itu pada cinta teragung…..
Insyaallah ….
Allah akan lebih mencintai
Kepada mereka yang mencintai Allah….


Penulisan pertama ini akan ku sematkan dalam kenangan ini…..penulisan diari bermula dari sini……Subahanallah…..Alhamdulillah….Allahu akbar…..semoga diberi kekuatan dan petunjuk untuk istiqamah dalam mencoretkan tinta menerusi keyboard yang sering dipetik-petik waktu lapang ini…..semoga perjalanan ini membawa 1001 makna kedalam diri ini insyaaallah…..aminn (^^,)”




Wednesday 18 May 2011

-::Fikrah Jernih menggegar dunia, merelakan tubuh Dimamah peluru..Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul..::-


As syahid Imam Hassan Al Banna


Imam Hassan Al Banna merupakan seorang tokoh pejuang islam yg unggul abad ini.Beliaulah yg mengasaskan Ikhwanul muslimin di mesir.sejarah telah membuktikan bhwa dia bukan sahaja seorang pejuang yg ikhlas dalam perjuangan tetapi juga merupakan salah seorang daripada pejuang syuhada yg terkorban dalam perjuangan.

Beliau dilahirkan pada tahun 1916 di Almahmudiah,Buhairah utara Mesir.Beliau berkahwin dgn salah seorang wanita berketurunan As-Shuli di Ismailiyyah dan telah dianugerahi seorang putera tunggal dan lima orang puteri.

Beliau belajar membaca,menulis sehinggalah dapat menghafaz Al quran di salah satu pusat pengajian swsta di mesir.kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah di Al Mahmudiah atau Al-ibtidai'yyah sekarang.Lalu As-Syahid melanjutkan pelajaran ke sekolah mua'llimun pertama di Damanhur.Terakhir sekali belaiu telah melanjutkan pelajaran ke Darul Ulum di Qaherah dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1927 dalam usia 21 tahun.

Kemudian dia telah berkerja sebagai guru di sekolah Ibtidai'yah sejak 20 September 1927 selama 19 tahun.sepanjang masa itu di samping kegiatan mengajar di pagi hari,beliau giat berdakwah di petang hari dan hari-hari cuti.beliau menggunakan masa terluang untuk menjelajah seluruh negeri demi menyampaikan dakwah Islam.pada bulan mei 1946 beliau menggundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru pemerintah.

Tanggal 12 februari 1949 adalah hari yg cukup tragis bagi umat seluruh dunia apabila As Syahid Imam Hasan Al Banna telah di tembak mati oleh tangan-tangan kotor yg menjadi musuh islam di depan gedung Jami;ah Syubbanu Muslimin.Tembakan jahat itu sebenarnya tidak mengenai sasaran yang boleh mematikan.melalui telefon beliau dibawa ke hospital,namun apabila sampai di sana beliau tidak mendapat rawatan yg sepatutnya.As-syahid tetap dibiarkan sehingga lukanya banyak mengeluarkan darah yg akhirnya membawa menemui Penciptanya,Rabbul Jalil iaitu ALLAH SWT yg dicintai lebih dari segala-gala yg dicintainya…

”Pada tanggal 12 hb. Februari ditahun 1949, Al-Imam Hasan Al-Banna telah pulang ke rahmatullah sebagai syahid setelah ditembusi peluru kekejaman rejim Raja Farouk di suatu tempat di negeri Mesir. Dalam peristiwa tersebut, Raja Farouk iaitu pemerintah Mesir pada ketika itu telah menjadi perhatian utama masyarakat, dalam dan luar negeri Mesir sehinggakan kejatuhan beliau (Raja Farouk) dari singgahsananya 3 tahun selepas itu antara lainnya adalah akibat dari darah yang mengalir dari tubuh Hasan Al-Banna yang amat dicintai rakyat itu.

Menurut cerita dari Saiful Islam (putera kepada Hasan Al-Banna): "Pada pagi hari, aku berdua dengan datukku sajalah menghadapi jenazah ayahku. Tiba- tiba dengan perasaan kesedihan, datukku mengangkatkan kedua tangannya arah ke langit, lalu berdoa, doa dari hati yang teraniaya: "Oh, Tuhan! Timpakanlah kehinaan kepada Raja yang zalim ini, hina yang tidak akan merasai kehormatan lagi sesudah itu".

Akhirnya Raja Farouk telah dijatuhkan dari takhtanya dan diusir dari Mesir secara hina pada bulan Julai 1952. Mati harimau meninggalkan belang, mati gajah meninggalkan gading, demikian bunyi peribahasa. Peribadi dan perihidup Hasan Al-Banna terus dipelajari, diteliti dan digali kembali dari kuburnya walaupun beliau sudah tiada lagi didunia ini.

Walaupun Al-Imam Hasan Al-Banna telah disingkirkan secara kejam, namun ajaran Al-Ikhwanul Muslimin yang beliau tinggalkan tetap utuh dan telah menimbulkan kesedaran baru di seluruh alam Islami, semakin hari semakin berkembang.

Tidak syak lagi, Al-Imam Hasan Al-Banna merupakan seorang pemuda Islam yang dinamik, seorang mubaligh dan jurudakwah yang lincah, seorang guru, pendidik dan pengasuh yang pandai, seorang pejuang dan pemimpin yang cekap dan giat menegakkan agamanya walaupun berhadapan dengan seribu mehnah dan rintangan.

Semoga beliau akan ditempatkan bersama dengan para syuhadak sebagai balasan terhadap pengorbanan besar beliau dalam memperjuangkan Islam. Sekian, wassalam."

-::Cinta selalunya Membutakan mata hati::-

*** MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI ***


Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......




 ~salam muhasabah buat diriku~ 





 perjalanan hidup ku lalui membuatkan aku matang  mengerti makna seorang yang bergelar teman & kekasih....cinta kadang -kadang hadir tanpa disedari...selalunya membutakan mata hati...merosakkan hubungan yang diredhai..... maafkan aku atas keterlanjuran mencintaimu wahai teman...ku istikharahkan cinta ini agar tidak terbabas dalam nafsu cinta yang dimurkai....batasan syariat akan ku jadikan benteng selepas ini.....insyaallah....terima kasih
kerana memberi peluang untuk ku mengenal erti kehidupan........

...salam mujahadah,salam mahabbah....


(....maafkan ku jika hati ini pernah terlintas untuk mencintaimu teman...(~_~)"....)


Astaghfirullahal azim.......................................................ampunkan aku Ya Allah......sesunguhnya ujian yang kau berikan padaku kali ini amat lah berat....................

Sunday 15 May 2011

-::Tiupan semangat untuk Teman seperjuangan::-

Wahai pemuda-pemuda Islam!



Kamu sangat-sangat dituntut supaya bekerja dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh. Rasa malu, silu, malas, segan dan sifat tunggu dahulu, jangan dibiarkan wujud sama sekali di dalam jiwa kamu. Terus maralah kamu untuk berda’wah ke jalan Allah. Sampaikanlah risalah Islam yang kamu bawa ini kepada manusia. Semoga dengan usaha ini terukirlah pula zaman kegemilangan Islam, sebagaimana yang telah dicatat oleh sejarah.

Kamulah semua satria pembawa Risalah. Tulang belakang ummah mulai dan sekarang hingga ke hari muka. Usaha dan jihad pemuda-pemuda merupa suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda pemudi Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi.

Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah SWT. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.

Di sebalik keagungan dan ilmu ketamaddunan Islam, maka kita dapati generasi belialah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat kagum sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berjihad untuk berda’wah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu…
Duhai pemuda-pemuda Islam!

Semoga kamu semua akan menjadi perwira Islam. Perwira yang kenal agamanya yang unggul, yang beribadah dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berda’wah ke jalan Allah.

Inilah golongan pemuda yang bersifat mulia lagi terpuji. Golongan inilah yang tidak sanggup dicemar dan dikeji. Kesudahannya zaman keagungan Islam akan kembali. Negara Islam yang diimpi-impikan oleh setiap penganutnya akan tegak semula di atas daya usaha satria pemuda. Allah Maha Mulia lagi Pengasih. Dia akan memberi kemenangan kepada sesiapa yang DIA sukai.

Saya doakan, semoga Allah jadikan kita seperti golongan yang mendengar ucapan dan disusuli dengan amalan dan tindakan. Semoga Allah jadikan kita seperti para-para dai’ yang bekerja dengan tulus ikhlas, demi untuk menyampaikan risalah Islam. Kita tidak gentar dengan sesiapa pun. Hanya kepada Allah saja sebaik tempat kita bergantung dan meminta. Saya sudahi dengan memuji Allah, Pentadbir semesta alam.

Di petik dari Sumber: langitilahi.com

Saturday 14 May 2011

-::Cinta yang Maha Agung::-

-Tenggelam dalam cinta al-Khaliq-

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa  pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar,matanya memandang ke langit. 
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."


selamat bermuhasabah...(^^,)
**pesanan bwt diriku dan teman2 yang ku sayangi...

-::Nasihat Ibu tentang CINTA::-


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them."
"So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."
"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.
Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.
Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.
Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Dipetik dari- Artikel iluvislam.com

Friday 13 May 2011

-::Sang Doktor Pembawa Obor Jihad::-

as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi



Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang boleh dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya.

Syahid

Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2010 genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.
“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi.

Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya.

 “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.
Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun.

Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

Keteguhan Hamas

Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.

Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi.

Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan.
Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.

Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).

Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?

Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.