Tinta Diari Dua
Alhamdulillah……
Sekali lagi dibukakan hati untuk mencoret beberapa perkataan bagi mengisi kekosongan dalam hidup ini…perjalanan hari demi hari membuka lembaran baru bagi seorang bergelar insan… cabaran demi cabaran datang tanpa dipinta mematangkan akal dan diri yang kerdil ini…terkadang lemah menerimanya…namun tetap jua perlu diharungi kerana itulah lumrah kehidupan didunia ini…..
Sahabat-sahabat…
ingatlah kehidupan kita didunia ini merupakan mehnah dari Allah SWT untuk diri kita …….jadi usahlah merungut dan lemah…Adakah kamu semua lupa??? ,…. bukan kah kita dikurniakan teman sebagai teman hidup dalam mencorakkan lakonan dunia mu didunia ini…Ayah-mak, umi-abah, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, pakcik-makcik, sepupu-sepapat, sahabat-sahabat dan teman-teman ,semua mereka boleh kamu jadikan peneman dalam menempuh rintangan yang terdampar dihadapan mu didunia ini…. ….
Tapi jangan kamu lupa dan leka dalam kesenangan itu,terkadang mereka jua membawa kearah jalan yang dibenci Allah….Maka,jadikanlah ketentuan yang ditempuhi sebagai batu loncatan dalam meletakkan Allah paling tinggi darjat dalam diri mu….tanamkan sedalam-dalamnya rasa cinta mu itu pada Allah sehingga jauh dilubuk hati mu…..semoga perjalan hari demi hari yang kau lalui diredhoinya….insyaallah….
Secebis kata-kata yang ku kutip dari teman yang membawa diri kerdil ini kembali mengingati tuhannya suatu ketika masa dulu:-
-::Untuk renungan bersama::-
Di dalam hati manusia ada kekusutan
& tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak ALLAH,
di dalam hati manusia ada keganasan & tidak akan hilang kecuali
berjinak dengan ALLAH,
di dalam hati manusia ada kesedihan
& tidak akan hilang kecuali berasa seronok mengenali Allah,
Di dalam hati manusia ada hajat
yang tidak akan dapat dibendung
kecuali memohon dengan penuh kecintaan kepadanya,
~IBNU-QAYYUM~
Sahabatku jadikanlah kesilapanmu sebagai anak tangga kepada kebaikan. Jadikan ia sebagai pedoman bagi orang lain. Hanya kepada Allah berhak kita malu dan bergantung. Jika dia mahukan kemuliaan kepada seseorang, tiada siapa dapat menjatuhkannya. Dan jika dia mahu menghinakan seseorang, tidak ada siapa boleh mennghalangnya….
sesungguhnya, Allah amat suka kepada suara yang merintih mohon keampunan. Sesungguhnya Allah amat mencinta hamba yang berjalan diatas bumi ini dalam keadaan merendah diri…..
semoga muhasabah kali ini dapat membuatkan hati terbuka menerima ketentuan yang terkadang tidak tetap dalam mencari arah tujuan yang sebenar….rebut dan kejarlah cinta Allah…dan jangan biarkan ia terbang diawangan tanpa perhatiaan…..jika ini berlaku, bermuhasabah dan bermujahadahlah dalam mengembalikan cinta tersebut dalam diri… kerna mungkin itu petanda buruk bagi diri……..
No comments:
Post a Comment