Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Sunday 1 January 2012

Permulaan ....Amar Makruf Nahi Mungkar......buat ku.....(n____n.) ♥

Bismillahi wal hamdulillah….Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam….

(n____n)

Penantian yg dituggu membuahkan sesuatu memori yg x dapat ana lupakan….Alhamdulillah sekali lagi ana ucapkan…pengalaman turun ke lapangan melihat sesuatu yg berlainan amat membuatkan akidah yg telah lame tidur…..,TERKEJUt!!!  dan terus terjaga…..melihat masalah UMMAT yg semakin hanyut dek budaya hedonisma yg berleluasa di malam tahun baru yg dipertontonkan…. Hehe amboi ayat…skema nye…. Peace…. v(^.^)v


Untuk mudah difahami…insyaallah ana cuba kisahkan dalam bentuk diari perjalanan….


Introduction…huhu (n_n)…Bismillah…(dengan nama ALLAH)…bermulanya selepas tamatnya paper pertama “Proses menulis”..ana dan sahabat bergerak ke tempat lokasi atau ana pggl lapangan….
Dgn berbekalkan semangat dan keazaman walaupun ikutkan hati nak qada’ tidur ana yg semalaman tidur hanya beberapa jam sahaja dek study yg berlebihan la katekan untuk paper subjek“proses menulis”….namun mcm 2….diri ini masih kuat dan teringin untuk kluar mninjau pengalaman yg bakal ana pelajari…insyaallah….


Subahanallah…Bermulanya perjalanan, rombongan sahabat2 ana yg menaiki bas telah pun diuji….tp Alhamdulillah, berkat tawakkal kepada ALLAH SWT…maka segalanya tiba2 menjadi lancar dan mudah….. ALHAMDULILLAH…..subahanallah…. teringat pula ana pada sepotong ayat dr Al-Quran…

     



“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”   
(Q.s. Muhammad: 7).


Subahanallah…wal hamdulillah…setelah beberapa jam menelusuri jalanan highway yg sibuk dengan kereta yg pantas memecut umpama x sabar2 mengejar sesuatu yg benar2 hendak dicapai….akhinya sampai jua disebuah surau yg dijadikan tempat berhimpun sebelum menjalankan misi kasih sayang dari ana dan sahabat…beberpa taklimat dan pecahan kumpulan berlangsung ketika ini....
Kumpulan dibahagikan….dan setiap kumpulan ad muslimin dan muslimat…….



(n.n)v misi kasih sayang???


Misi yang ana anggap agar dapat  memimpin tangan mereka yg telah hanyut terpengaruh dgn keseronokan duniawi….yg diburukkan oleh wahan yang berleluasa diperingkat setiap umur masyarakat sgt membimbangkan sehingga terdetik kejutan akidah buat diri yg serba kekurangan ini….moga2 usaha ini dapat menyelamatkan ana dan sahabat2 ana tika ditanya dihadapan Allah swt kelak….


Terbaca dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali,MUKHASHAFAH AL QULUB (Penenang Jiwa)…


Nabi musa as Berkata:

 “Yatuhanku, apakah pahala orang yang menyeru saudaranya memerintahka yang makruf dan melarang yang mungkar?”


Allah Berkata:

“Aku tulis untuknya setiap satu kalimat seperti beribadah setahun dan Aku malu menyeksanya dengan Neraka-Ku”





Maksiat ada dimana2 sahaja….lelaki dan wanita bebas bargaul tanpa mempunyai rasa malu….Nauzubillah…..kehadiran kami langsung tidak dihiraukan….maka teknik hemoi digunakan…walaupun sedikit kesan yg di kesani terhadap mereka ini….namun usaha telah dilakukan…hanya tawakkal menjadi harapan terakhir buat ana dan sahabat2….


(~____~) Asif ala’ kulli hal


Semangat berkobar-kobar….akhirnya memberanikan diri memberi salam kepada pasangan yg agak muda…namun telah bekerja….permulaan yg menarik….warming up….ditemani guru muda yg berpengalaman dalam perkara ini…segalanya berjalan dgn lancar…..dapat berkenalan dgn pasanagan tersebut sambil ditemani percikan bunga api malam tahun baru….subahanallah….cantik….tp apakah ini yg ISLAM ajarkan dalam menyambut sesuatu perayaan…..Renung-renungkan….. (n.n)??....Astaghfirullahal azim…….


Berbalik kepada sambungan cerita…..dr pasangan pertama bertemu pasangan kedua….suatu perasaan ganjil yg x enak dalam hati….Astaghfirullahal a’zim…..hanya itu yg mampu di ucapkan…. Sekali lagi cuba memberanikan diri, namun sesuatu yg x dijangka berlaku….dalam mengorak langkah mendekati mungkar yg berlaku betul2 dihadapan pn mata….kaki menjadi kaku seumpama teragak2 mendekati perkara yang mungkar…Astaghfirullahal a’zim…knape tiba2 iman menjadi lemah………kata2 ku susun penuh tergagap-gagap menanyakan direct terus soalan yg menyentuh aspek yg sensitif….


Pebualan..yg ku ingat…mungkin ad yg tertggl…(maklm la gagap sampai terlupa ap yg dikatakan)….

Ana: Assalamualaikum..
Pasangan:….(sambil tgk bunga api)
Ana & Sahabat: Assalamualaikum…
Pasangan: …Waalaikumsalam…(dgan nada perlahan)
Ana: Abang dah Kawin ke Blom???
Pasangan lelaki: Blom??? ßmasa nie ana tgk pasgn nie duk berkepit,maka terlintas la di hati ana,adakah                                                             islam membenarkan perbuatan ini…DAH TENTU TIDAK SAMA SEKALI !!!
Ana: Abang nie islam ke kristian….upss.. (mula tergagap, xtaw mcm mne soalan nie boleh kluar dr   mulut)                                                                                 
Pasangan lelaki: adakah saya nama macm kristian ka, atau hindu atau agama….bla2..(dgn nada yg tinggi)
Sahabat :….(x engat ap dikate,tp cube memback-up)
Pasangan:…Fine…. (sambil berlalu dr kami dgn begitu sahaja..)


Ana terpaku dan terdiam buat seketika….apakah salah cara ana ini???….Nauzubillah…Astaghfirullahal azim…..hanya istighfar buat masa itu jalan untuk mencari ketengan dr kegusaran Hati dek kesilapan yg dilakukan…. Berlalu dgn hati yg hampa……..bersama doa ana bacakan untuk mereka….walau tekanan yg dirasai membuatkan diri serba down…


“moga abg 2 dan pasangannya diberikan kesedaran atas perbuatan yg mereka lakukan, moga kau bukakan pintu hati mereka Ya Allah, untuk mengenali keredhaan MU yg jauh lebih indah dari keseronokan dunia percintaan makhluk yg serba kotor ini… moga hidayah datang kepada mu wahai pasangan… (~_~..)  ”


Saat muhasabah berlalu…ana teruskan lagi mendekati insan2 muda, yg menjdikan basikal2 mereka penyeri hidup dalam kehidupan…umpama burung bebas kemana sahaja …. Diawal usia muda sekolah menngah….meluncur bebas bersama teman sambil mencari ketenagan mungkin……Alhamdulillah pengalaman baru ditemui…mengingatkan zaman silam ana yg dulu kalanya gemar berbasikal jua….hehe


Kemudian  setelah lama meninjau telatah dan gelagat yang entah mcm2 gaya ana temui….lalu diri ini sekali lagi bermuhasabah…. Subahanallah,  Walhamdulillah , waLaa ilaaha illallah, Allahu Akbar….


Ana bersyukur sgt2…diletakkan dalam sistem “jalan yang lurus”…ditarbiyah dgn keluarga yg begitu tegas menitik beratkan aspek agama dalam kehidupan…dan bertemu sahabat2 yg masih dapat membimbing ana dalam jalan yang ana rasakan ianya membawa ketenagan dalam hidup dalam suasana ISLAM itu wujud bagi ana..x seperti yg ana lihat pada awal malam tahun baru kali ini…..


Kemudian setelah itu, kami berkumpul kembali ke surau tempat pada awalnya menjadi tempat kami ditaklimat sebelum bergerak ke lapangan


…… kata putus, dan beberapa cadangan di perbincangkan pada akhir program kami pada kali ini….. Alhamdullillah…pelbagai idea dan pencerahan diajukan…..bagi mencari solusi, ap yg patut dilakukan pada masa akan datang….


….syukran buat sahabat2 yang memberi peluang ini buat ana….nice memories with u all (n__n) akan ana gunakan input yg ana dapat dr pengalaman kali ini untuk UMMAT…. jazakumullah khairan kathira ..


………………………………………………………….............. (n____n.) ALLAH

1 comment:

  1. adikku, kena blajar cara lain lagi buat AMNM. Lepas ni mungkin boleh sediakan bookmark cantik2 ttg cinta yang paling utama atau larangan couple atau apa2 lagi.

    yang penting perkara ni bukan buat takat2 masa acara2 besar ja. cara mnegur org tu pun kena berpada, jgn sekali2 kita cuba mengkafirkan org dgn cara mreka krn mrka ni org2 jahil yg tidak faham dan sudah larut dlm bisikan syaitan. Gunakan cara yg Quran ajar, nasihat yg baik, berhikmah dan kemudian berdebat dgn cara yg baik.

    apa2pun tahniah kerana tlh cuba membatasi keberaniian berhadapan dgn realiti sebenar hidup masyarakat. =)

    ReplyDelete

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.