Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Saturday 16 June 2012

Jalan menuju ilahi..

Tazkirah Keinsafan…

Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud.

Kedua : Melazimi membaca Al-Quran dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga : Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

kelima : Jaga sedekah setiap hari.walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

keenam : Jaga wudhuk terus menerus, kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

ketujuh : Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

kelapan : perbaharui Azam dan Tekad untuk berkhidmat kerana Allah SWT .

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang muslim sejati.

kesepuluh :  Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan disisi Allah SWT .











 سُبْحَانَ اللّهُ وَ اَلْحَمْدُلِلّهِ وَلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ

p/s: Selamat Bermujahadah (>n_____n<) …. ALLAHU RABBI………

No comments:

Post a Comment

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.