Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Sunday 24 April 2011

wahai pemuda 5

Wahai angkatan pemuda,

Sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan yang terdahulu dari kamu yang diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan di ruang matahati kamu akan firman Allah (Al-Imran:173):

الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Mereka berkata kepadanya: sesungguhnya orang ramai telah pun mengumpulkan tenaga terhadap kamu, hendaklah kamu merasa takut kepada mereka itu, tetapi mereka ini menjadi bertambah kuat imannya. Lalu mereka berkata memadailah Allah itu untuk kami dan Dialah sebaik-baik pengawal.

Kita akan mendidik diri kita sendiri supaya terbentuklah dari kalangan kita ini apa yang dinamakan individu muslim.  Kita juga akan mengasuh rumahtangga kita supaya lahirlah daripadanya nanti apa yang kita sebutkan sebagai rumahtangga muslim. Kita juga akan membentuk umat kita supaya terbentuklah apa yang dinamakan umat Islam. Dan sudah tentu kita akan turut serta ke dalam umat Islam ini dan kita akan terus menerus bergerak menurut langkah-langkah yang sudah ditetapkan menuju hingga ke hujung jalan dan sehingga tercapai sasaran yang Allah tentukan kepada kita; bukan sasaran yang kita sendiri menentukannya. Dan dengan izin Allah  serta pertolongannya kita akan tiba di matlamat yang ditujui. Allah tetap enggan melainkan mesti menyempurnakan citaNya walaupun dibenci oleh orang kafir.

Bagi menghadapi persoalan ini kita telah pun menyediakan iman yang sekali-kali tidak akan bergoyang, kerja-kerja yang tidak tersekat-sekat, kepercayaan yang tidak luntur kepada Allah, bahkan kita juga telah menyediakan jiwa raga yang merasai sebahagia-bahagia hari baginya ialah hari yang mereka gugur sebagai para syuhada' di jalan Allah.

Jadikan itu semua sebagai polisi dalaman dan luaran kita kerana kita mengambil pengertian tersebut dari hakikat Islam sendiri. Pemisahan di antara ugama dengan politik bukanlah dari ajaran Islam yang maha suci. Orang Islam yang tulin keugamaannya dan yang benar-benar memahami segala pengajarannya tidak mengerti pemisahan seperti itu.

 Oleh itu sesiapa jua yang cuba hendak memesongkan kita daripada hakikat manhaj ini, maka eloklah dia meninggalkan kita kerana orang seperti itu tidak terkeluar dari salah satu dari dua jenis manusia iaitu:
musuh kepada Islam atau pun jahil mengenai hakikat Islam.

No comments:

Post a Comment

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.