Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Thursday, 22 September 2011

~peace 4 my Qalbi~





~Ku pendamkan perasaan ini...~
~Ku rahsiakan rasa hati ini...~

(( UNIC )) (n_n) <3

Thursday, 8 September 2011

Erti Cinta



Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi
 kagum

Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tetapi
nafsu

Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi
kasihan

Jika kamu menyintai kerana dia baik,itu bukan cinta tetapi
 rasa terima kasih

tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya! (n_n)”

Wednesday, 7 September 2011

-::Maafkan diri ini :-




~Betapa sukarNya................Menyusun Bicara.............Meluahkan Rasa~  (v_v)"

Maaf kerana telah membuatkan sahabat-sahabat tertawa....ana dah cube untuk serius, tp ana x taw mcm mne ia boleh bertukar sebegitu rupa.

Maafkan ana Sahabat-sahabat...

Thursday, 1 September 2011

-::Bicara Kata Mengukir::-


Bicara Nasihat Buat Ikwah


Bukan tak cinta,
namun ia tahu batas…
 
Bukan ingin berdusta,
Namun menjaga hati dan mata…

Bukan ingin bersembunyi,
Namun menjaga kesucian diri…

Mutiara di dasar lautan,
 Hanya tangan halal yang berhak menyentuhnya…

(n_n)” insyaallah …

Tuesday, 30 August 2011

-::Salam Lebaran Buat Teman2 ~2011~::-





Salam Eidulfitri buat sahabat serta teman2 ana yg dicintai….


"TAQABBALULLAH MINNA WAMINKUM" (^^,)
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semu
a)



...salam mahabbah , mawaddah wa rahmah. (n_n)" <3
...maaf sume sahabat2 xsempat nk edit pic. lain kali ana edit ye.
...sayang  antum semua.
...x sabar nk berjuang dengan atum semua semula.
...PEACE 4 ALL... Ukhuwah fillah, abadan abada.

...Insyaallah...

Wednesday, 24 August 2011

-::syukran ya asdiqa'i::-


Dari Muhammad bin Amr bin Hazm r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: 

Seorang mukmin yang menggembirakan dan menasihati supaya sabar kepada saudaranya yang mukmin yang dalam kesusahan, Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari penghisaban. 

(HR Ibnu Majah)

syukran sgt2 , buat sahabat2 yg mdorong ana utk bersabar...moga kalian diberi kemulian oleh Allah swt diakherat kelak.....aminnn....InsyaAllah... (^^,)

Wednesday, 10 August 2011

teguran buat ku.....


firman Allah swt yg berbunyi :

 "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!,Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (surah as saff ayat 2-3)

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.