Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Tuesday 19 June 2012

tunduklah weih! (^_____^)/

Ibnu Abbas berkata:
“Seorang lelaki berada dalam kumpulan orang ramai. Lalu seorang perempuan melintas berhampiran mereka. Lelaki itu memperlihatkan kepada mereka kononnya dia telah menundukkan pandangannya daripada perempuan itu. Jika lelaki itu merasa bahawa mereka sedang leka, dia pun memandang perempuan itu. Jika dia bimbang mereka mengetahui gelagatnya, dia pun menundukkan pandangannya. Sedang Allah sebenarnya melihat hatinya bahawa dia telah memandang kepada aurat perempuan tersebut.”
BOoooM!!!
Tepat ke muka bukan?
DUSH!!!
(golekgolekgolek.. macam lam Dragon Ball GT)
Sampai 16 kilometer terseret dek momentum peluru berpandu.
Aduh.
Sakit jugak tembakan kali ni.
Tepat ke dada, masuk ke hati.
Betul.
Tundukkan mata memang benda yang sangat sukar.

Lagi sukar nak tundukkan hati remaja yang membakar.
Dan lagi-lagi sukar di zaman yang semakin mencabar.
Yang comel, yang manis, yang cantik semua nak tunjuk gambar.
Sakit.
Mula memang nikmat, lepas sesaat terus sakit.
Ye memang, pandangan pada yang bukan ajnabi memang sakit.
Sakit macam kena sumpit.
(erk pernah ke?)
Cop!
Sekejap.. anda rasa sakit????
Kalau macam tu……………
TAHNIAH!!
Maknanya anda masih sayangkan Allah ^______^
Tahniah sahabat!
Sakit itu tanda masih ada iman.
Dan tanda Allah masih kita sayang.
Juga tanda kita HAMBA yang Dia sayang.
Maka istighfarlah pada pandangan anda.
Cuma persoalan sekarang.
Bagaimana mahu jaga mata ini?
Bagaimana mahu tundukkan hati ini?
Sekali dua kali memang berjaya.
Lepas sepuluh yang lalu tumpas tak bermaya.
Kenapa????
ARGGHHHH!
(akhowat oh akhowat.
tak boleh ke korang privatekan gambar korang dalam FB??
asyik keluar kat home jek.
nak tunduk macam mana.
hermmmmmmmm.)
Tetiba akhowat menyampuk : “hek eleh, sendiri lemah nak salahkan orang”
Sahabat.
Rilek dulu.
Tak payah kita berdebat.
Panjang pulak artikel ni nanti.
Kalau tak susah bukan ujian namanya.
Ada cheat code ke untuk ujian ni?
Heh, tentulah ada.
Nah, baca.
Salah seorang orang soleh pernah ditanya: “Bagaimana caranya saya nak menundukkan pandangan?” Beliau berkata: “Caranya ialah dengan engkau mengetahui bahawa pandangan Allah kepada engkau lebih cepat daripada pandangan engkau kepada apa yang dipandang.”
Mudah, ingat Allah.
Saat mata mula beralih, istighfar.
Ingat, pandangan Dia jauh menjangkau pandangan kau.
Kau baru nak pandang, Dia dah perasan.
Dan kalau kau teruskan, maka tercalit satu noda hitam.
Tunggulah sahaja hari pembalasan.
Satu lagi pesanan.
Ingatlah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Jadi kalau kau sendiri tak jaga mata mulai sekarang,
kau harapkan si dia nanti orang yang menjaga?
Kau silap.
Apa kau buat, kau akan dapat balik.
Ingatlah pesan ini, dan berjaga-jagalah.
Oh ya.
Cuma bila hati kita kosong dari memikirkan maksiat.
Dan bila kita mula tundukkan pandangan dan taat.
Barulah akan nampak pada kita 1001 rahsia.
Rahsia apa itu?
Cuba dahulu.
Dan kau akan tahu.
Hmmmmmmm.


Ok habeh.
Simple je kali ni.
Harap ada manfaat.


p/s : akhowat. tolong la sikit saudara ikhwah ni. privatekanlah photo tuh. (n___-n)/





sumber dr ilmi islam.com : 
http://www.ilmi-islam.com/tunduklah-weih/..... copy paste, supaya manfaat boleh dikongsi bersama... syukran ala' kulli hal....

No comments:

Post a Comment

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.