Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Friday 7 September 2012

kaedah mendekatkan hati ini pada mu Ya Rasulullah...

tazkirah hari ini :)




Cara Untuk Menyintai Nabi Saw



Dari habib Ali Zainal Abidin Al-hamid.

1-MEMBACA SIRAH BAGINDA SAW

"Qasidah,buku sirah,syair dan segalanya itu adalah berkisar ttg Sirah nabi saw"

kata habib Kadzim As-Seggaf:"baca Qasidah itu sebagai pengaul bagi kemanisan Iman yang terletak did asar hati"

2-MENELADANI AKHLAK NABI SAW(SUNNAH)

"Melakukan Sesuatu sperti Rasulullah saw berada Di hadapan mata kita"

Kata Habib Musa Kadzim As-Seggaf:"hakikat Iman adalah Menyintai nabi saw"/yang penting dalam Agama adalah Tidak Melupai nabi saw.

3-BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA BAGINDA SAW.

Daripada jabir ra,nabi saw Bersabda:"sesiapa yang setiap harinya berselawat kepadaku 100x,nescaya Allah menunaikan baginya 100hajat.30daripadanya hajat Akhirat,dan 30 daripada hajat dunia".

gunakan 3 jalan yang diberikan agar kita dapat menyintai nabi saw,,moga2 kita mendapat syafaat baginda saw Di Akhirat kelak. sollu alan nabiyy!! :)




selingan video yg membantu .... insyaallah...

Tuesday 4 September 2012

Oh muslimah (n.~)v







Untuk anda yang masih belum menemui jodoh wahai kaum muslimat.
InsyaAllah ^^

Muslimin nk bace pn boleh rasenya....



...selamat mencuba...

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.