Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Tuesday 19 June 2012

tunduklah weih! (^_____^)/

Ibnu Abbas berkata:
“Seorang lelaki berada dalam kumpulan orang ramai. Lalu seorang perempuan melintas berhampiran mereka. Lelaki itu memperlihatkan kepada mereka kononnya dia telah menundukkan pandangannya daripada perempuan itu. Jika lelaki itu merasa bahawa mereka sedang leka, dia pun memandang perempuan itu. Jika dia bimbang mereka mengetahui gelagatnya, dia pun menundukkan pandangannya. Sedang Allah sebenarnya melihat hatinya bahawa dia telah memandang kepada aurat perempuan tersebut.”
BOoooM!!!
Tepat ke muka bukan?
DUSH!!!
(golekgolekgolek.. macam lam Dragon Ball GT)
Sampai 16 kilometer terseret dek momentum peluru berpandu.
Aduh.
Sakit jugak tembakan kali ni.
Tepat ke dada, masuk ke hati.
Betul.
Tundukkan mata memang benda yang sangat sukar.

Lagi sukar nak tundukkan hati remaja yang membakar.
Dan lagi-lagi sukar di zaman yang semakin mencabar.
Yang comel, yang manis, yang cantik semua nak tunjuk gambar.
Sakit.
Mula memang nikmat, lepas sesaat terus sakit.
Ye memang, pandangan pada yang bukan ajnabi memang sakit.
Sakit macam kena sumpit.
(erk pernah ke?)
Cop!
Sekejap.. anda rasa sakit????
Kalau macam tu……………
TAHNIAH!!
Maknanya anda masih sayangkan Allah ^______^
Tahniah sahabat!
Sakit itu tanda masih ada iman.
Dan tanda Allah masih kita sayang.
Juga tanda kita HAMBA yang Dia sayang.
Maka istighfarlah pada pandangan anda.
Cuma persoalan sekarang.
Bagaimana mahu jaga mata ini?
Bagaimana mahu tundukkan hati ini?
Sekali dua kali memang berjaya.
Lepas sepuluh yang lalu tumpas tak bermaya.
Kenapa????
ARGGHHHH!
(akhowat oh akhowat.
tak boleh ke korang privatekan gambar korang dalam FB??
asyik keluar kat home jek.
nak tunduk macam mana.
hermmmmmmmm.)
Tetiba akhowat menyampuk : “hek eleh, sendiri lemah nak salahkan orang”
Sahabat.
Rilek dulu.
Tak payah kita berdebat.
Panjang pulak artikel ni nanti.
Kalau tak susah bukan ujian namanya.
Ada cheat code ke untuk ujian ni?
Heh, tentulah ada.
Nah, baca.
Salah seorang orang soleh pernah ditanya: “Bagaimana caranya saya nak menundukkan pandangan?” Beliau berkata: “Caranya ialah dengan engkau mengetahui bahawa pandangan Allah kepada engkau lebih cepat daripada pandangan engkau kepada apa yang dipandang.”
Mudah, ingat Allah.
Saat mata mula beralih, istighfar.
Ingat, pandangan Dia jauh menjangkau pandangan kau.
Kau baru nak pandang, Dia dah perasan.
Dan kalau kau teruskan, maka tercalit satu noda hitam.
Tunggulah sahaja hari pembalasan.
Satu lagi pesanan.
Ingatlah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Jadi kalau kau sendiri tak jaga mata mulai sekarang,
kau harapkan si dia nanti orang yang menjaga?
Kau silap.
Apa kau buat, kau akan dapat balik.
Ingatlah pesan ini, dan berjaga-jagalah.
Oh ya.
Cuma bila hati kita kosong dari memikirkan maksiat.
Dan bila kita mula tundukkan pandangan dan taat.
Barulah akan nampak pada kita 1001 rahsia.
Rahsia apa itu?
Cuba dahulu.
Dan kau akan tahu.
Hmmmmmmm.


Ok habeh.
Simple je kali ni.
Harap ada manfaat.


p/s : akhowat. tolong la sikit saudara ikhwah ni. privatekanlah photo tuh. (n___-n)/





sumber dr ilmi islam.com : 
http://www.ilmi-islam.com/tunduklah-weih/..... copy paste, supaya manfaat boleh dikongsi bersama... syukran ala' kulli hal....

Monday 18 June 2012

Halwa telinga dimalam Hari, esok nk exam ...mlm nie studi sambil dengar lagu nie la....


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

(n_____n) v
TikA diNIhari…..DEVOTEES……










p/s: .... subahanallah.... moga kau perkenankan doa ini...ameen.....

Saturday 16 June 2012

Jalan menuju ilahi..

Tazkirah Keinsafan…

Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud.

Kedua : Melazimi membaca Al-Quran dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga : Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

kelima : Jaga sedekah setiap hari.walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

keenam : Jaga wudhuk terus menerus, kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

ketujuh : Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

kelapan : perbaharui Azam dan Tekad untuk berkhidmat kerana Allah SWT .

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang muslim sejati.

kesepuluh :  Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan disisi Allah SWT .











 سُبْحَانَ اللّهُ وَ اَلْحَمْدُلِلّهِ وَلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ

p/s: Selamat Bermujahadah (>n_____n<) …. ALLAHU RABBI………

Tuesday 12 June 2012




Andai  AL-QURAN boleh bicara, ia Akan berkata:

“Waktu kau masih anak-anak,

Kau bagaikan TEMAN sejatiKU,
Dengan wudhu kau sentuh aku,
 dalam keaadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan LIRIH & KERAS,

SEKARANG……….

KAU telah dewasa,
Nampaknya KAU sudah
 tidak berminat Lagi pada KU,

APAKAH aku bacaan USANG??????????
Yang TINGGAL sejarah??????????

SEKARANG………………

KAU simpan aku dengan rapiiiiiiii,
KAU biarkan aku SENDIRIIIIIII…
aKU menjadi KUSAM di dalam almari…
Berlapis DEBU,
DiMAKAN kutu….

KU MOHON peganglah AKU setiap hari,
Kerana aku akan jadi PENERANG DALAM KUBUR mu…!!!”

(n______n)/ insyaallah… mengingatkan sesama manusia sangatlah berpahala…..




.....................................................




AL QURAN PEMBERI SYAFAAT

sepotong hadis yg dikutip dr buku 300 hadis bimbingan, ditulis oleh Ustaz Zahazan Mohamed Ahmad Hasan Mohd. Nazam:

hadis 93:-

Ertinya: Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: " Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya." [Riwayat Muslim]


\(n___n)/....Generasi Al-Quran......insyaallah......

Kata-kata untuk Direnung dan Diingati (n_____n)/

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU...


Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya.
..:::Syukran:::..









 ...











Ya Allah...
Andai sahabatku resah...
Tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'firahMu,
Andai dirinya terancam lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu,
Andai tubuhnya kedinginan,selimutkanlah ia dengan kasih sayangMu,
Andai dirinya merindu,rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganMu...

Ya Allah...
Jangan Kau biarkan hati,jiwa dan jasadnya terpesong dengan duniawi,
Khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujud ketika menghadapMu,
Berikanlah kejayaan di dunia dan akhirat....
Semoga dirinya (sahabatku) selamanya........ 

Ku pohon ya Allah..
Semoga ukhwah kami teguh selamanya kerana dia sahabatku...
kerana pada jalanMU kami bertemu,kerana hati kami bertaut ketika
memadu kasih dan sayangMu..
Ku pohon lindungilah dia dengan maghfirahMu..
agar kekuatannya terletak pada taqwa dan
iman bukan pada nafsu..
agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan agar tidak
dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan..
ku pohon agar hatinya
bersarang rindu untuk bertemu denganMu..
sehingga kami dipertemukan disana nanti..

Amin Ya Rabbal Alamin....
Sahabat yang baik, akan terus mencuba menggengam tangan sahabatnya untuk sama-sama menuju kehadapan untuk melangkah kejayaan. Menjadi pendengar, penasihat dan pembakar semangat yang setia di sisi sahabatnya untuk pastikan sahabatnya tidak akan berputus asa untuk mengharungi cabaran di hadapannya. InsyaAllah














 ...








Duhai Hati…
Mengapa bersedih andai yang terjadi
Tidak seperti yang diimpi,
Bukankah disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..

Duhai Hati…
Mengapa kecewa dengan cinta makhluk yang akan mati,
Bukankah cinta Allah itu yang hakiki

Duhai Hati…
Mengapa menanti sesuatu yang tak pasti,
Bukankah Allah itu Maha Agung Maha Mengerti

Duhai Hati…
Mengapa tidak sungguh2 dalam berjuang di jalan illahi,
Bukankah janji Allah telah terpatri

Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah itu benar dan memohon ampunlah untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."
(Al-Mu'min : 55)

Duhai hati…
Mengapa cintakan duniawi melebihi cinta ilahi,
Bukankah cinta ilahi lebih diredhai

Duhai Hati…
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui,
Akan segala isi hati ini..
Dalam tenang dan senyum ini ada duka yang tersembunyi..
Bukan aku pinta jadi begini



 ...



Rasulullah SAW berpesan:

“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)

Monday 11 June 2012

Itulah saya :)



maafkan ana rumate yg disayangi... (>n___n)>
"semoga ALLAH memberkati Hidup mu dengan RAHMATnya"..  (12 June 2012)

Doaku Untuk mu... (>u____u<) ...aminn....... insyaallah



Ya Allah, Tika kau hadiahkanku sahabat,jadikanlah aku bersyukur ke atas kurniaanMu. :) Jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.:)
Kau hadiahkanku sahabat ini sebagai Teman seperjuanganku,, Peniup semangatku, saling membantu memikul beban dakwah agamaMu. :) Kau hadiahkanku sahabat , jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu. Teguhnya atas cintaMu. Dilindungi dari maksiat serta hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu.
Ya allah,bahagiakanlah hatiku dan hati sahabatkuini dengan cinta kepadaMu. 


Amiin Ya Rabbal a'lamin..

Adabul dakwah..

Assalamualaikum w.b.t

DAKWAH itu bukan sindiran... 
DAKWAH itu bukan memerli... 
DAKWAH itu bukan menakut2kan... 
DAKWAH itu bukan kekerasan... 
DAKWAH itu bukan paksaan... 
DAKWAH itu bukan terjahan... 

Namun..... DAKWAH itu adalah ajakan...
Ajakan bagaimana? 
Ajakan yg paling berhikmah... 
Kerana DAKWAH bermula dengan membina jambatan Hati... 
DAKWAH terbaik adalah yg memenangi hati.... bukan mengguris hati..

Sekian dan selamat beramal... :)

Sunday 3 June 2012

BELAJAR DARI PENGALAMAN MELIHAT SAHABAT_SAHABAT ANA..."OSEM" n_n ♥



BELAJAR DARI PENGALAMAN MELIHAT SAHABAT_SAHABAT ANA… hehe Jangan MARAH..semoga Pahala akhirat ini kita kongsikan bersama..insyaallah…




(◠‿◠) saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN..(,)


(◠‿◠) saya pernah PERCAYA,

tapi DIKHIANATI..(,)


(◠‿◠) saya pernah MENCINTAI,

tapi DISAKITI..(,)


(◠‿◠) saya pernah MEMILIKI,

tapi akhirnya KEHILANGAN..(,)

(
◠‿◠) saya pernah JUJUR,
tapi DITIPU..(
,)

(
◠‿◠) saya pernah BERHARAP,
tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(
,)

—Jangan buang masa, lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah

-- Cinta ba'da Nikah "OSEM" n_n

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.