Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Wednesday 28 December 2011

Astghfirullahal a'zim.... (~____~..)

Alhamdulillah wa syukru lillah…..

Dalam keletihan br habis menyelesaikan misi mengadakan sebuah  program … namun hati ini terpanggil-panggil untuk sekali lagi menarikan jari-jemari diatas papan kekunci laptop jenama CQ42 yg selalu menjadi teman rapat dikala kesepian…..mengubat suka dan duka mengoreksi mencri bahan buat santapan rohani insyaallah…..

                Penat badan masih blom lg di manjai, namun hati meronta2 ingin meluahkan sesuatu yang terlintas untuk diadaptasi dlm bentuk yg wujud sehingga boleh dirasai untuk dikoreksi kemudian hari….insyaallah….

Subahanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaha illallah, Allahu akbar…. \(^.^)/

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam yang menciptakan diri ini untuk menjadi khalifah di muka bumi….tidak lupa juga ,selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita nabi Muhammmad s.a.w…..

Ana sebenarnye pn x taw knape semakin hari exam nk dekat, semakin byk idea untuk berkongsi dalam diari maya ini mencurah2 sehingga menyebabkan jiwa meronta2 untuk diadaptasi dalam bentuk yang yang boleh di ikuti oleh sahabat2 ….

Tp kemungkinan juga perasaan sedih yang hadir sebentar td juga merupakan faktor ana ingin berkongsi sesuatu di sini…. 



Kenapa Bersedih ??? (~_~..)

Wallahu a’lam………………….

Semoga ap yang berlaku atas diri ana td, dijadikan pengajaran dan kesedaran untuk ana lebih membuka mata betapa lemahnya diri ini…sedangkan maksiat dihadapan mata tidak dapat dicegah , ni kn apatah lagi untuk keluar berjuang di medan perjuangan nnt….Astghfirullahal a’zim….



عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
~Hadis sahih riwayat Muslim~




Insyaallah ana akan nekad untuk menyertai sahabat-sahabat ana mlm taun baru ini...serba sedikit dapat la belajar cara-cara untuk nahi Mungkar....insyaallah… moga sesuatu kan diperolehi dalam penyertaan ana kali ini… insyaallah….

Tuntutlah ilmu walau dimana sahaja…. Kerana mencari ilmu itu kewajipan bagi setiap yang bergelar MUSLIM………..Allahu Akbar….. (n____n)

Berbalik kedalam kisah ana yang lepas, disini ana ingin menyambung sedikit sambungan pengalaman yang dilalui pada malam kejadian pergi ke tpak program hari tu…

Alhamdulillah setelah melapasi ujian dan cabaran dalam menghadapi gangguan mat2 motor yang entah dari mane…. Alhamdulillah beberapa minit kemudian selamat sampai dan tiba di tempat penginapan yg x jauh dr kawasan kami berprogram untuk hari esoknya….subahanallah dan Alhamdulillah malam itu kami ditemani Penginapan yang selesa dan tenang, malahan luas dan lapang, ditemani bintang, serta ditambah bungkusan makann yang dapat dr program sebelum kami bertolak td….huhu…
 kenyang ana dan sahabat malam 2…. (sehinggalah jarum jam mnujukkan pukul 3 pg )

…………………………………… sekian…

                                Min tdo dalam kereta ditemani gigitan nyamuk ……
                                Mat tido dalam masjid  ........

Alhamdulillah……..selamat mnjalankan misi dgn jayanya….mudah2han ap yang dipelajari untuk hari ini akan ana jadikan batu loncatan dalam mematangkan diri untuk mencari keredhaan ilahi ..

….  Wallahu a’lam….




Tuesday 27 December 2011

Perjalanan kali ini....... 【ツ】

Alhamdulillah…………【ツ】Subahanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaha illallah, Allahu akbar……..

Wah………..lame suda x mengupdate blog….huhu

Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran terhadap Allah swt yang membukakan mata hati untuk menari, menggerakkan jari jemari, yang sudah lame tidak berlari-lari, di atas keyboard laptop compaq jenama CQ42 ku ini….hehe…. \(n___n)/

Niat di hati dah lme nak mengupdate, Cuma kekangan masa sibuk bwt program sana, ikut program sini…haimmmmmhhh mcm2 la budak kecik sorang nie… peace…. v (^___^)” v

Mungkin banyak perkara nk diceritakan sepanjang ketiadaan di arena penulisan blog buat sementara waktu , tp nak buat mcm mne skrg pn still tgh mood exam, jd dpt share beberapa story je la kali nie ….huhuhu


Nk di pendekkan waktu, haha boleh ke guna ayat nie??? Ape2 je la…. K… teros masuk isi…Bru2 nie ana ad join program bersama sahabat2 seperjuangan bg memantapkan tarbiyah as siasah….insyaallah, nk di cut cerita nie… ana la yang kne jadi pemandu untuk menuju ke tapak program….jam mase 2 mnunjukkn pukul 12.30 mlm…wahhhhhh first time ana dapat drive kreta malam2 buta….nk di habaqkan ap perasaan ana masa 2 , wallahu a’lam….Allah sahaja la yang taw perasaan ana mase 2….huhu

Berbekalkan tulang 4 kerat yg tggl menanti rebah, namun demi kekuatan ukhuwah serta roh perjuangan ISLAM yg seperti merasuk-rasuk kedalam Qalbi ana, maka ianya dapat juga digagahkan  jua….sekali lagi ALHAMDULILLAH ku ucapkan buat Tuhan sekalian alam….subahanallah…….nk di addition lagi,  sebelum 2 sebenarnya ana baru habis menjadi AJK dlm sebuah program anjuran kelab yang sgt ana sayangi…jd mmg fikiran pn dah entah ke mane….hehe but disebabkan tawakal kepada ALLAH Alhamdulillah segalanya dipermudahkan….

Menelusuri highway yang terbentang luas dengan kegelapan malam bersama bintang-bintang mengikuti teman2 yg berbekalkan tawakal dan azam bersama-sama buraq2(motor) mereka…subahanallah…. Indah sungguh ciptaanNYA yang diciptakan….Allahu Akbar…..Namun dalam asyik kesyahduan munajat didalam kereta bersama padangan malam yang mengelapkan jalan disekitarnya bersama zikir buat hati ana, mengubat keresahan…tiba2, kesilapan teknikal berlaku…menyebabkan terkazutt ana dan sahabat2 apabila di hon oleh trailer besaq…. Baru ana sedar masa 2 kereta hampir terbabas masuk ke laluan orang…. 

Subahanallah….Alhamdulillah….masih diselamatkan dr musibah….

Pastu agak cuak juga memikirkan keselamatan sahabat2 …. Justeru i2 pedal minyak ditarik perlahan2 sehingga memelahankan kereta ditengah jalan highway yang masih luas dan panjang….hehe

…………

Masih dlm perjalanan ke tempat program…. (n___n)

Setelah beberapa jam memandu… terlihat sekumpulan mat2 motor..tah dr mane tah….tiba2 perjalanan kali ini sekali lagi diuji….ALLAHU AKBAR….kereta yg masih dipandu dengan kelajuan 40km/j diatas jalan highway yang masih terbentang luasnya…haha \(^.^)/  mcm pelikkn dengaq org bawak kereta dgn kelajuan 40km/j je kat atas highway….hehe apa pn itu lah insan kecil yang cuba memikirkan keselamatan sahabat2nya…. Moga sahabat2 semua selamat dari musibah …aminn….

Nak diteruskan cerita, kedapatan beberapa orang mat2 motoq nie yg terpandang kelatah kami yang agak mungkin memelikkan mereka…lalu di pewwwit…pewwwit…la… (~_~)…rase nk langgar je rase mase 2….

p/s: Sblm itu , msti sahabat2 pelikkn knapa mat2 mtor 2 tiba2 pewwwit…pewwwwit…..hehe

 mana x nya, ana sorang je muslimin dalam keta 2….n yang lain semua muslimah….Tp Alhamdulillah xde ap2 perkara buruk yang berlaku dalam kete 2….mungkin sbb zikir yg sentiasa terlintas-lintas tatkala syaitan membisikkan kemungkaran kowt….. Subahanallah, Walhamdulillah, wa laa ilaaha illallah, Allahu Akbar… Allahumma shalli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa shahbihi wa sallim….


Di teruskan story, maka pedal minyak ditekan dengan lajunya, maka kereta meluncur laju meninggalkan sahabat2 yang masih berada dia atas buraq2 mereka…. Rasa risau dgn keadaan 2 orang kakak yg juga mencuba nasib mnunggang buraq diatas highway yang sama untuk menuju kedestinasi … akhirnya kami berhenti di suatu kawasan menunggu sahabat2 yang mnunggang buraq2 mereka….. ALHAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR….beberapa minit menunggu akhirnya muncul jua sahabat2 yg ditunggu….masing2 keletihan dan kesejukan meredah 1/3 malam yang dingin…
.
……………….to be continue…

Mungkin itu je yg ana sempat  sampaikan buat kali ini….sedikit pengalaman dalam perjuagan mencari perjalanan bertemu kembali tuhan yang menciptakan diri ini…insyaallah jika diberi kesempatan ana sambung cerita nie…insyaallah….【ツ】

 Walaupn terlalu ringkas diri ini dalam cuba menulis dan memperingati diari kehidupan yang ana lalui…. Semoga still diletakkan dalam redho ilahi…wallahu a’lam…..

Mungkin perkongsian ini seperti tidak memberi manfaat buat sahabat2…namun begitu, berbeza buat ana sendiri,rentetan kisah hidup untuk kali ini insyaallah dijadikan rujukan buat diri mengoreksi kembali untuk memperbaiki… …insyaallah lantunan zikir memuji kebesaran ilahi kan sentiasa istiqamah selepas ini dalam mengalunkan puji dalam setiap penulisan yang ada di sini, bagi mengingatkan hati ini Cinta ku hanya untuk MU ilahi……. (n___n)  



insyaallah sahabat2 boleh amalkan ayat seribu dinar ini.... mudah-mudahan diberi kemudahan dan keringanan dalam menempuh ujian.....

.....(n_____n)  Subahanallah, Walhamdulillah, wa Laa ilaha illallah, Allahu Akbar.... selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita nabi Muhammad s.a.w....

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.