Petunjuk dalam Perjuangan

Gengaman Para Daie...


"Saudaraku...
Dulu semalam dan hari ini, Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari
ALLAH

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan...
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya :

Apa yang yang harus ku lakukan
untuk menebus kelelahanumat ini??

Jawabku bukankah kau adalah da'i dan mujahid???

Katamu lagi
:Tapi langkahku terlalu lambat...

Jawabku kau lambat kerana Kau sendiri sibuk
dengan urusan duniamu...Mengejar
impianmu dan lupa akan hari kebangkitan....

Pada hari itu amalmu terbentang ,tubuhmu terbuka....
Apakah di sana ada bekalmu...

"Pada akhir zaman ,orang-orang yang memegang tali perjuangan
itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh
jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia.

Jangan takut untuk berjuang kerana
orang-orang yang berjuang ini memang
dirintangi ujian.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang
yang sabar...

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...syurga impian....."
-imam nawawi-

Wednesday 20 July 2011

-::Seronok Berjuang...::-

Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi kerana masih diletakkan di dalam medan perjuangn bersama-sama sahabat yg masih sentiasa memberikan semngat untuk mneruskan perjuangan ini....

Seruan jihad sentiasa terngiang-ngiang dinanti ... insyaallah moga diri ini diberi kekuatan untuk terus istiqomah mengakkan syiar islam di bumi ini...aminnnn (^.^)"/

sedikit buat perkongsian untuk sahabat2, semalam ketika ana menunaikan solat asar di masjid yg berdekatan rumah ana tinggal...ana rasa seronok sgt ketika mana sewaktu ana sampai kedalam masjid...ana dapati ramai budak sekolah rendah yg turut sama mnunaikan solat berjemaah....walaupun agak kalam kabut jadinya ...haha kenapa ana kate kalam kabut , ad 2 sebab ....first ana terlambat dtg sebenarnya ....maklumlah org dah azan baru nk p amik wuduk...hehe sahabat2 kalo jd mcm ni baik muhasabah diri balik...huhu jgn jd mcm ana ye....tp naseb baik la mase ana sampai 2 br lepas habis qamat.....jd sempatlah dapat takbir pertama bersama imam....

dan yang ke dua pulak sebab ap ana kate kalam kabut, maklum la budak2 ramai yg kecik2...ad yg sempat maen kejar2 la....haha yang lawaknye imam sebelum nk angkat takbir sempat sound budak2 nie.... imam kata "dah2...jgn bising....dalam masjid x boleh bising...org nk solat ni....." Alhamdulillah...selpas 2 semua keadaan menjadi tenang semula....

Ap yg ana nk kongsi sebenarnya dengan sahabat2 sebenarnya ,apabila ana tgk kehadiran ramai budak2 sekolah yg berjemaah macm ana crita sebentar td , tiba-tiba suatu perasaan seronok rasenye hadir dalam qalbu ana ni.....ana pn berkata dalam hati ketika i2 " seronoknya kalo ibu bapa mereka menggalakkn anak mereka untuk hadir ke masjid seperti ini..... pastinya generasi kita akan byk yg akan jadi pencinta2 masjid yg akan memenuhkan isi-isi nya dgn ilmu tentang islam...." tp sayangnya mereka ini hanya disuruh ustaz dan ustazah mereka waktu i2 sahaja sementara bermulanya aktiviti kokurikulum mereka pd waktu ptg itu...subahanallah....

sahabat2 semua seandainya kita ditakdirkan untuk mempunyai sebuah keluarga sendiri yg sempurna kelak, maka ana harap kita dapat sama-sama mengajar serta mentarbiyyahkan anak2 serta isteri kita dengan suasana kehidupan bersyariat...dan galakkan lah anak2 sahabat2 untuk berjuang dijalan Allah.... insyaallah ganjaran yg amat besar dilimpahkan bg org yg berjuang dijalan Allah swt  diakhirat kelak.....dan tanamkan lah rasa cinta muda mudi dengan suasana tarbiyyah di masjid....insyaallah Allah permudahkan segala urusan kita.... wallahu a'lam........


didiklah anak mu bermula dari awal......"melentur buluh biarlah dari rebungnya"


"rantaian perjuangan tidak dihidangkn kemewahan semata2...bahkan yg diterimanya adalah pokok berduri yg sentiasa melukakan kelelahan sang mujadid"... Maka jgn terus mgalah andai kau diuji dgn mehnah dan tribulasi duniawi....moga aliran sungai firdausi mnjadi milik mu di akhirat kelak nnt...... (^^,)"
 ♥ salam perjuangan ♥

"salah satu tanda Allah mencintai kita adalah apabila kita sentiasa diberikan taufiq dan hidayah-Nya..."



insyaallah...

Sunday 17 July 2011

-::pejalanan hari ku, mengimbau kenangan lalu::-

MANISNYA KURMA INI




Assalamualaikum semua …..

Maghrib tadi baru lepas ber buka  puasa... hehe rase senang pulak nak puasa hari nie…mane xnye, pejam celik…pejam celik lupa-lupanya dah empat hari berturut2 ana berpuasa… Alhamdulillah…….syukur sangat dpt kembalikan memori masa STAM dulu-dulu….

Tapi ada satu lagi yg menarik la yg ana nk kongsi dlm diari pgalaman ana kali nie, td ana terpandang buah kurma yg abi ana baru beli ….kemudian ana termenung ……masyallah ,mcm mne boleh teringat kat seseorang 2…huhu (^^,)” ape pn sweet sgt memori 2…. Nk crita lebih mendalam , ermmm Bak kate siti Nur Haliza… “Biarlah Rahsia”… semoga ia akan kekal menjadi rahsia yg kekal  tersimpan dalam ingatan ana yg xkn ana lupakan….insyaallah….

Akhir kata buat tinta kali ini “Manisnya Kurma Ini (^^,)”…

….. salam ukhuwah wa salam mahabbah…

Wednesday 6 July 2011





Bidadariku.. siapapun dirimu, dimanapun saat ini kau berada, jagalah dirimu..

Bahkan mungkin saat ini kita belum mengenal, dan kau dengan kehidupan mu, dengan teman-teman mu, akupun dengan kehidupanku..

Ya Rabb jagalah ia selalu, walau aku tak menuntut kesempurnaan kerana ku sedar akupun tak sempurna, dan aku dho'if...

Namun aku percaya Engkau akan memberikanku yang terbaik untukku..






Monday 4 July 2011

-::Hebatnya Bulan sya'aban::-


Rejab sudah berlalu. Kini Syaaban tiba. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban

1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

Sumber : Maisarah , artikle Iluvislam….

-::cinta Allah perlu lebih Diutamakan::-




Aku pasti berendam airmata darah,
Andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku,
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu,

karena dengan mencintai Allah,
Kau akan mencintaiku karena-Nya,
Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa,
Moga cinta itu juga yang akan
Mempertemukan kita kembali di syurga....


salam ukhuwah, salam rindu buat sahabat (^^,)

Sunday 3 July 2011

Muhasabah diri - IKHLASkan hati setiap amal perbuatan mu wahai teman


Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk menghirup nikmat udara bagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw, tidak dilupakan jua buat para sahabat, tabiein serta tabi’ tabiein dan pejuang-pejuang islam masa kini yang bertungkus lumus menegakkan agama Allah sehingga hari kiamat.

Salam syaaban buat sahabat2 seperjuangan . moga hadirnya syaaban kali ini dapat membawa 1001 erti dalam mencapai keredhoan Allah SWT insyaallah….aminnn

Dalam kesibukan bergerak kerja islam perlulah diingatkan , terkadang dalam kesibukan itu syaitan sentiasa mencari ruang untuk cuba menghasut anak adam agar terjerumus ke dalam neraka jahanam untuk bersama-sama dengan mereka. Maka berhati-hatilah kalian wahai sahabat2 ku yang budiman, semoga Allah SWT memberikan perlindungan kepada perjuangan kita ini …aminn


Dusta Orang Kaya, Ulama, Syahid

Hadis Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Nabi saw bersabda:

            Sesungguhnya di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari kiamat ialah, pertama, orang yang gugur syahid. Dia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-Nya, lalu dia pun mengakui menerimanya. Allah SWT bertanya kepadanya, “Maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?”

            Dia menjawab,”Aku berperang kerana memenuhi perintah-Mu, sehingga aku gugur syahid.”

            Allah berfirman,”Engkau berdusta. Akan tetapi engkau berperang supaya orang mengatakan engkau berani, dan telah dikatakan demikian.” Kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumban ke da;lam neraka.

            Kedua, orang yang belajar ilmu dan mengajarnyaserta membaca Quran. Dia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmat-Nya satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya. Allah SWT bertanya, “Maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?”

            Dia menjawab, “Aku belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Quran kerana mengharapkan keredhaan-MU.”

            Allah berfirman, “Engkau berdusta . Akan tetapi engkau mempelajari ilmu supaya oramg mengatakan engkau alim, dan engkau membaca Quran supaya orang mengatakan si anu seorang qari, dan telahpun dikatakan demikian.” Kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

            Ketiga, orang yang telah dimewahkan Allah hidupnya serta diberi-Nya sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan. Dia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmat-Nya satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya. Allah bertanya, “Maka apa engkau telah lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?”

            Dia menjawab, “Aku tidak tinggalkan satu pun jalan yang engkau suka dibelanjakan kekayaan padanya melainkan aku belanjakan padanya , maka mengharapkan rahmat-mu.”

            Allah taala berfirman, “engkau berdusta. Akan tetapi engkau belanjakan kekayaanmu supaya orang mengatakan si anu itu seorang dermawan, dan telahpun dikatakan demikian.”Kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap dan akhirnya dihumban ke dalam neraka.



(Mustika hadis Rasulullah, 2000, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms 115-117)


Salam perjuangan buat sahabat2 ku yang dicintai kerana Allah…moga bingkisan kali ini membawa kita sama-sama untuk bermuhasabah dalam setiap amalan yang kita lakukan. insyaallah  (^^,)

Pesanan Buat Diri:



Jangan berdukacita...
sekiranya kita tidak sengaja telah berbuat dosa dan maksiat.
Cepatlah bertaubat!
Mintalah keampunanNya!
Perbaikilah kesalahan itu kerana..
Rahmat Allah dan kasih sayang Allah tidak terhingga luasnya.
Pintu taubatNya sentiasa terbuka dan ampunanNya sentiasa melimpah...

Jangan susah hati kerana ia hanya akan menjadikan:
-Saraf cepat letih.
-Jiwa mudah goyang.
-Hati menjadi lemah.
-Fikiran tidak keruan.

Jangan berduka cita...
Jangan berputus harap pada rahmat Allah.